Muzik video Mikraj_Cinta

Latar belakang

Diarahkan oleh Zul dan Aloi,[14] babak Siti telah dirakamkan di Dek Terbuka Menara Kuala Lumpur pada 23 Jun 2015.[4] Berpakaian busana putih yang direka oleh Ezuwan Ismail,[4] muzik video telah dipertontonkan kepada media buat kali pertama pada pelancaran album Unplugged di The Duchess Palace, Kuala Lumpur pada 2 Julai 2015.[15] Teaser muzik video selama 15 saat telah dimuatnaik oleh Siti menerusi laman Instagram beliau pada 28 Jun 2015.[16] Pada 10 Julai 2015, muzik video telah ditayangkan dalam rancangan HLive di Astro Ria[17] dan kemudiannya dikeluarkan untuk penstriman umum di YouTube pada 14 Julai 2015.[18]

Di belakang tabir muzik video Mikraj Cinta juga dikeluarkan pada tarikh yang sama.[19]

Sinopsis

Dalam bingkai pertama, ia menunjukkan Siti dengan busana putih di Dek Terbuka Menara KL dengan Menara Berkembar Petronas kelihatan di latar belakang. Dalam bingkai kedua, ia menunjukkan kedua-dua wanita dengan dua bingkai gambar di sebelah kanan mereka.

Muzik video lagu ini boleh dibahagikan kepada dua bahagian utama - babak di mana Siti sendiri dan satu lagi di mana terdapat jalan cerita yang dibintangi oleh beberapa pelakon. Muzik video ini dimulakan dengan sekilas pandang Menara KL sebelum ia bergerak perlahan untuk memperlihatkan di mana Siti berdiri di Dek Terbuka menara. Sepanjang muzik video, babak melibatkan Siti dari sudut kamera, dari pukulan udara, pukulan sekilas, pukulan panjang, pukulan sederhana kepada jarak dekat. Kebanyakan babak dengan pukulan udara, pukulan sekilas, dan pukulan panjang, dron udara telah digunakan untuk memfilemkannya.[19]

Untuk bahagian jalan cerita muzik video, ia bermula dengan babak sebuah kereta dengan tiga sekeluarga (ibubapa dan anak lelaki mereka) dan seorang lagi ialah seorang wanita muda yang mengambil selfie dan menggunakan telefon bimbit untuk menghatar teks sambil memandu. Sementara wanita muda itu yang sedang asyik menghantar teks, dia hilang tumpuan sebelum bertembung dengan kereta pertama dengan tiga sekeluarga berkenaan dari arah bertentangan. Pada babak seterusnya, paparan tajuk utama akhbar telah menunjukkan dua kematian dari keluarga tersebut telah ditunjukkan, diikuti oleh babak yang memperlihatkan wanita muda berkenaan menangis di dalam penjara. Biarpun wanita tua yang ditunjukkan itu terselamat dalam kemalangan jalanraya, dia menjadi buta.

Pada babak seterusnya, wanita muda itu dilihat telah bertaubat dan selepas dia dibebaskan dari penjara, dia mula mencuba untuk merapatkan hubungannya dengan wanita tua itu. Walaupun percubaanya untuk memperkenalkan dirinya telah ditolak, dia dilihat telah berulang kali mencuba untuk membantu wanita tua buta itu beberapa kali termasuk membawanya bersiar-siar ke pintu pagar dan mengadap ke rumah wanita tua itu untuk membawanya keluar. Dalam salah satu babak terakhir, wanita muda itu dilihat menziarahi wanita tua itu apabila dia jatuh sakit. Wanita tua itu menyedari bahawa betapa wanita muda itu telah mencuba untuk membantunya dilihat telah memeluk wanita muda, kerana untuk memaafkan dan menghargainya. Pada babak terakhir, wanita muda itu dilihat telah membantu wanita tua itu makan sementara di sebelah mereka, dua bingkai gambar telah ditunjukkan. Yang pertama, seorang wanita tua, suaminya dan anak lelakinya. Sementara yang kedua, wanita tua denga wanita muda.

Muzik video berakhir dengan babak yang bergerak perlahan menunjukkan pukulan panjang Siti dan kemudiannya bahagian teratas Dek Terbuka Menara KL.

Rujukan

WikiPedia: Mikraj_Cinta http://musicweekly.asia/charts/top-30-singles-char... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/mesej-mik... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/siti-nurh... http://youth.bernama.com/v2/news.php?id=1139187 http://www.budiey.com/siti-nurhaliza-awie-amy-sear... http://munsyeed.com/malay/2016/12/mikraj-cinta-lag... http://bm.therakyatpost.com/buzz/2015/07/02/album-... http://www.vevo.com/watch/dato-siti-nurhaliza/mikr... http://www.bharian.com.my/node/63547 http://www.hotfm.com.my/kolaborasi-pertama-datuk-s...